Isnin, 30 Oktober 2017

Tempat yang Menarik Di Melaka.

Assalamaualaikum...

anda pernah pergi melaka tak? bagi yang pernah pergi boleh la kongsi maklumat lagi tentang melaka ok.

kalau sebut melaka mesti anda akan terbayang kan zaman pahlawan melaka Hang tuah dan rakan-rakannya kan? atau lebih moden ialah kota A Famosa . saya akan kongsi tentang info-info tempat menarik di melaka.antaranya..




 Lebih dikenali sebagai Kota A Famosa.Di sini anda boleh belajar serba sedikit tentang sejarah melaka.Antara aktiviti yang boleh buat sini ialah menghayati seni bina oleh orang Portugis dan tangkap gambar buat kenang-kenangan.tak lupa,jangan terlepas untuk  cuba menaiki beca ok.pengalaman menaiki beca sangat menarik dan menyeronokkan.





Anda mesti mengenali bangunan ini kan?  Bangunan ini terletak di tegah-tegah bandar melaka.Saya panggil bangunan merah je tapi sebenarnya lebih dikenali sebagai bangunan stadthuys. Aktiviti yang boleh anda buat dekat sini ialah anda boleh masuk bangunan merah dan bayaran pun berpatutan,harga tiket untuk dewasa rm5, kanak-kanak rm 2.Lepas pusing satu bangunan merah ni,anda boleh la beli buah tanggan yang berdekatan.



Tempat ni wajib bagi yang first time datang ke Melaka.tempat ini lebih dikenali sebagai Taman Mini Malaysia @ Mini Asean . Tarikannya disini ialah terdapat sekumpulan rumah-rumah tradisional di malaysia. Anda juga akan dapat lihat dan menghayati keunikan seni bina asli tradisional di Malaysia yang sukar dan jarang dijumpai lagi , kerana ke banyakkan rumah di malaysia lebih kepada gaya moden kontemporari atau moden tradisional kontempoari.
                                  Antara rumah tradisional yang terdapat di Taman mini Malaysia.
Disamping itu,terdapat juga tarikan lain seperti merasai menaiki kuda mengelilingi mini rumah2 tradisional dan persembahan tarian tradisional.Tak lupa juga ada sesetengah rumah menjual makanan tradisional mereka seperti Terengganu ada menjual kuih Tart Nenas.
     
       Harga kemasukan untuk warga Malaysia:      

  • kanak-kanak:RM 8 (4-12 years)
  • dewasa :RM 15
  • pelajar :RM 10
Harga kemasukan untuk pelancong:
  • kanak-kanak : RM 12
  • dewasa : RM 20
  • pelajar:RM 15











Tiada ulasan:

Catat Ulasan