Sejarah dan Pengenalan
GAGASAN BELIA MUDA PUSAKA GAYONG MALAYSIA.
Menurut Presiden GBMPGM Burharullah bin Dato’ Raja Abdul Majid, pengasas
perguruan Gagasan Belia Muda Pusaka Gayong Malaysia ialah Almarhum Pak Lang Yusuf
dan Dato’ Raja Abd Majid,ditubuhkan pada tahun 1978. Pada asalnya,
nama persatuan ini selari dengan nama persatuan lain iaitu Persatuan Silat
Gayong Malaysia namun selepas dirombak semula oleh AJK negeri Kedah maka
wujudlah Gagasan Belia Muda Pusaka Gayong Malaysia. Pesatuaan Gagasan Belia
Muda Pusaka Gayong ini diiktiraf oleh Almarhum Dato’ Meor Abdul Rahman
bin Daeng Uda Md,merupakan pengasas Persatuan Seni Silat Gayong Malaysia.
Sebagaimana silat mempunyai pelbagai jenis ,begitu jugalah dengan bentuk
pakaiannya.Sejak zaman-berzaman masyarakat Seni Silat Melayu mempunyai bentuk pakaiannya sendiri,seragam, corak
khusus dan bentuknya.Pada umumnya berwarna gelap ‘HITAM’ baik pada masa
berlatih atau semasa persembahan.Bagaimana pun pakaian yang dipakai untuk
persembahan disediakan khas dengan lebih lengkap dan sempurna.Antara pakaian
ahli Seni Silat (G.B.M.P.G.M) ialah baju Melayu ,sampin, seluar,tengkolok,baju
melayu ,capal. Setiap pakaian mempunyai tali pinggang atau di kenali sebagai
bengkung pinggang.Bengkung ini terdiri daripada pelbagai warna seperti hitam
kosong,putih,hijau,merah,kuning dan hitam bercula.Setiap bengkung pinggang
mempunyai peranan dan pangkat tertentu.Peranan bagi bengkung pinggan warna
hijau dikhususkan untuk penolong jurulatih,warna merah dikhaskan untuk jurulatih,warna
kuning dikhaskan untuk penolong ketua jurulatih dan bengkung hitam bercula dikhaskan
untuk ketua jurulatih.
Tujuan Gagasan Belia Muda Pusaka Gayong Malaysia ditubuhkan adalah untuk menarik minat belia-belia ke arah seni asli budaya Malaysia,yang telah ditelan zaman.Selain itu juga, GBMPGM mengajar belia-belia ini untuk mempertahan kan diri dalam keadaan apa sekali pun .Oleh itu, GBMPGM mengambil langkah untuk melatih belia-belia supaya menjaga diri,keluarga dan masyarakat.
Peranan Gagasan Belia Pusaka Gayong Malaysia GBPMGM kepada Malaysia
ialah melahirkan masyarakat yang sihat.Pakar-pakar kesihatan mengakui bahawa
aktiviti sukan penting untuk kesihatan.Hal ini dikatakan demikian kerana semasa
melakukan aktiviti silat gayong,semua organ dalam badan seseorang menjadi
aktif.Jantung akan berfungsi dengan baik. Dengan demikian,masalah sakit jantung
dan lemah badan dapat dielakkan serta badan menjadi lebih sihat.Kesihatan
fizikal akan mempengaruhi kesihatan mental individu.Masyarakat yang sihat dari
segi fizikal dan mental dapat menjalankan tugas dengan baik dan seterusnya
membangunkan negara.
Akhir sekali,masa lapang seseorang
dapat dimanfaatkan dengan bersukan kerana aktiviti bersilat ini lazimnya
dijalankan pada waktu yang terluang. Kebiasaannya, GBPMGM membuat latihan
digelanggang pada hari jumaat,sabtu dan ahad.Dengan cara demikian,anggota
masyarakat khususnya remaja tidak membuang masa pada perkara yang tidak
berfaedah.Golongan remaja tiada kesempatan untuk untuk melepak, menganggotai
kumpulan gangster,dan melibatkan diri dalam penyalahgunakan
dadah.Tegasnya,aktiviti sukan bersilat ini dapat mengurang kan gejala sosial
dalam kalangan anak muda,seterusnya dapat melahirkan golongan remaja yang
berkualiti yang dapat memberikan sumbangan terhadap pembangunan negara.
*Khusus untuk rujukan pelajar
Tiada ulasan:
Catat Ulasan