Pengalaman Pertama Kali buat Rawatan Akupunktur..
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Assalammualaikum dan Selamat Petang Semua.
Hari saya nak kongsikan pengalaman pertama kali buat rawatan akupuntur,perasaan yang bercampur baur takut,perasaan ingin tau dan (excited)..
Rawatan akunpunktur juga boleh menjadi salah satu alternatif lain bagi yang telah putus asa dengan rawatan moden yang lain.
Kalau sebut je rawatan Akupunktur semua mesti ingat rawatan tradisional orang cina dan JARUM..kan?
Bagi sahabat-sahabat pembaca,
Akupunktur adalah satu rawatan yang boleh dipraktikkan untuk pelbagai golongan.
*kanak-kanak/remaja/dewasa dan orang tua.
Akupunktur sebenarnya tidak sama sekali mengeluarkan darah.
*Jangan risau bagi yang takut sangat dengan darah.
Rawatan Akunpunktur dapat menyembuhkan pelbagai penyakit.-insyaallah-
*Dari sakit kepala hingga ke penyakit cancer.(Lenguh-lenguh badan pon boleh)
Rawatan akupunktur dibuat dan dilakukan oleh pakar sahaja.
*Jangan ambil jarum jahit kat rumah tu cucuk badan sendiri pulak.
Jarum yang digunakan adalah pakai buang.
Pengalaman saya sendiri untuk mendapatkan rawatan akupunktur adalah pengalaman yang sangat menarik dan menilai.Rawatan ni di perkenalkan oleh kawan baik saya (WANI).Sebenarnya saya mempunyai masalah lenguh(Genggaman jari yang tidak kuat) jadi saya pun mencari inisiatif untuk mencuba rawatan akupunktur ini..
Semasa dalam rawatan,6 jarum telah cucuk di kawasan yang saya sakit (4 jarum area tangan dan 2 jarum di kaki).Jarum akunpunktur ,kalau dicucuk kawasan yang kita sakit,rasa sakit tu ada sikit tapi macam kena gigit dengan semut api jee.tapi kalau jarum tu cucuk dekat kawasan yang tidak sakit,rasa sakit tu tiada.Btw sakit is Awesome!!! Lepas dicucuk,pembantu DR. akan memasang kan alat elektrik dekat atas Jarum yang dicucuk tadi, dalam masa yang sama kita sebagai pesakit akan dibenarkan untuk mempelahankan atau memperkuatkan denyutan elektrik.Biasanya DR. akan pesan "kalau dah rasa denyut biarkan sahaja tak payah tambah Voltan lagi". Waktu rawatan biasanya mengambil masa dalam 1 Jam.(kalau pegi waktu tak ramai le).
Selepas rawatan,saya dibenarkan duduk sebentar sehingga dipanggil ambik ubat.Than,bayar.Tempat yang saya pergi tu for:
First Time RM 22
Next Time RM 15 only.
Hasilnya saya sekarang dah sihat for first treatment only ..That is good result.
Berpatutan dan Sihat..
#saya dah cuba anda bila lagi..
#Bawalah ibu bapa anda untuk kesihatan yang lebih sihat..
Bagi yang dah cuba sila comen sikit.How your feel?
Dekat mana tu?
BalasPadam