Pengalaman Pertama Kali buat Rawatan Akupunktur..
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Assalammualaikum dan Selamat Petang Semua.
Hari saya nak kongsikan pengalaman pertama kali buat rawatan akupuntur,perasaan yang bercampur baur takut,perasaan ingin tau dan (excited)..
Rawatan akunpunktur juga boleh menjadi salah satu alternatif lain bagi yang telah putus asa dengan rawatan moden yang lain.
Kalau sebut je rawatan Akupunktur semua mesti ingat rawatan tradisional orang cina dan JARUM..kan?
Bagi sahabat-sahabat pembaca,
Akupunktur adalah satu rawatan yang boleh dipraktikkan untuk pelbagai golongan.
*kanak-kanak/remaja/dewasa dan orang tua.
Akupunktur sebenarnya tidak sama sekali mengeluarkan darah.
*Jangan risau bagi yang takut sangat dengan darah.
Rawatan Akunpunktur dapat menyembuhkan pelbagai penyakit.-insyaallah-
*Dari sakit kepala hingga ke penyakit cancer.(Lenguh-lenguh badan pon boleh)
Rawatan akupunktur dibuat dan dilakukan oleh pakar sahaja.
*Jangan ambil jarum jahit kat rumah tu cucuk badan sendiri pulak.
Jarum yang digunakan adalah pakai buang.