RUJUKAN PELAJAR STPM
SILAT
- Seni Silat atau Pencak Silat merupakan salah satu seni mempertahankan diri bagi bangsa Melayu atau Nusantara yang diamalkan sejak berkurun yang lampau.Ini termasuklah pengamal-pengamal seni mempertahankan diri ini di Brunei, Filipina, Indonesia, Malaysia, dan Thailand.1
- Terdapat beberapa pengaruh budaya Cina, agama Hindu, Budha, dan Islam dalam Seni Silat.2 Seni silat adalah olahraga bela diri yang memerlukan banyak konsentrasi.
- Silat tersebar sepanjang Nusantara Indonesia sejak abad ke-17 M, tetapi asal-usulnya masih tidak diketahui lagi,Meskipun, silat telah diakui sebagai seni Melayu asli. Orang Melayu yang telah menetap di kawasan pantai pulau Sumatera dan Semenanjung Melayu, Utara Aceh ,Kelantan, Kedah ,Selatan Kepulauan Riau, dan Utara Pattani ialah orang yang mengamalkan seni silat.3.Adanya bukti bahawa budaya China dan India telah mempengaruhi gaya seni mempertahankan diri.Selain seni bertarung dan tarian budaya rakyat, silat kemudian menjadi suatu latihan rohaniah.4
- Silat telah diperincikan semasa zaman sultan, panglima dan pendekar sewaktu empayar Kesultanan Melaka, Majapahit dan Srivijaya .Orang Melayu, terutamanya di Semenanjung Tanah Melayu, menganggap cerita legenda Hang Tuah pada abad keempat belas sebagai bapa silat.5
- Terdapat beberapa jenis silat yang terkenal di Malaysia seperti Silat Cekak,Silat Sendeng dan Silat Gayong.Gagasan Belia Muda Pusaka Gayong (GBMPGM) merupakan pecahan daripada Seni Silat Gayong.
- Pengasas perguruan Silat Seni Gayong Malaysia ialah Almarhum Dato’ Meor Abdul Rahman bin Daeng Uda Md. Hashim, cucu kepada Daeng Kuning. Dato’ Meor Abdul Rahman bin Daeng Uda Md. Hashim, waris keturunan Daeng Kuning telah dilahirkan di Taiping pada 17hb Ogos 1915. Sebuah akademi silat bernama Sekolah Gayong Woodlands atau Institute of Gayong Woodlands telah ditubuhkan oleh Meor Abdul Rahman dalam tahun 1959. Memandangkan sambutan terhadap seni silat ini begitu menggalakkan, beliau mencadangkan supaya silat ini didaftarkan. Hasil usaha nasionalis Melayu ini serta Dato’ Meor Abdul Rahman sendiri, seni silat ini telah berjaya didaftarkan di Johor bahru pada 22hb Oktober, 1963 (No. Pendaftaran 361) atas nama Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia.6 Pertubuhan ini merupakan pertubuhan silat yang pertama sekali berdaftar dan kini merupakan perguruan silat terbesar di Malaysia.
*Petikan diatas telah dirumuskan untuk kefahaman dan pembelajaran.
*Jika terdapat kesalahan sila KOMEN