Isnin, 30 Oktober 2017

Tempat yang Menarik Di Melaka.

Assalamaualaikum...

anda pernah pergi melaka tak? bagi yang pernah pergi boleh la kongsi maklumat lagi tentang melaka ok.

kalau sebut melaka mesti anda akan terbayang kan zaman pahlawan melaka Hang tuah dan rakan-rakannya kan? atau lebih moden ialah kota A Famosa . saya akan kongsi tentang info-info tempat menarik di melaka.antaranya..




 Lebih dikenali sebagai Kota A Famosa.Di sini anda boleh belajar serba sedikit tentang sejarah melaka.Antara aktiviti yang boleh buat sini ialah menghayati seni bina oleh orang Portugis dan tangkap gambar buat kenang-kenangan.tak lupa,jangan terlepas untuk  cuba menaiki beca ok.pengalaman menaiki beca sangat menarik dan menyeronokkan.

Isnin, 14 November 2016

ciri-ciri cinta mengikut perbezaan umur

Assalamualaikum..

CINTA TIDAK KIRA USIA.

Sebenarnya maksud cinta begitu luas, tapi biarlah kita bincangkan dalam konteks yang lebih mudah. Selalunya bab2 cinta ni bermula secara serius semasa sekolah menengah, maksudnya waktu ni la kita angan2 nak baju pengantin warna apa?, nak kahwin kat hotel ke kat dewan?, nak duduk rumah banglo ke kondomonium? dan yang paling penting ciri2 pasangan idea kita nanti...hehehe..dream came true with doa'.💑

Ahad, 13 November 2016

MURAL ART MALAYSIA

 

Untuk mengetahui lebih lanjut boleh terus menghubungi number telefon yang tertera....



Khamis, 6 Oktober 2016

Rawatan Akupunktur

Pengalaman Pertama Kali buat Rawatan Akupunktur..

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Assalammualaikum dan Selamat Petang Semua.

Hari saya nak kongsikan pengalaman pertama kali buat rawatan akupuntur,perasaan yang bercampur baur takut,perasaan ingin tau dan (excited)..

Rawatan akunpunktur juga boleh menjadi salah satu alternatif lain bagi yang telah putus asa dengan rawatan moden yang lain.
Kalau sebut je rawatan Akupunktur semua mesti ingat rawatan tradisional orang cina dan JARUM..kan?

Bagi sahabat-sahabat pembaca,

Akupunktur adalah satu rawatan yang boleh dipraktikkan untuk pelbagai golongan.
*kanak-kanak/remaja/dewasa dan orang tua.
Akupunktur sebenarnya tidak sama sekali mengeluarkan darah.
*Jangan risau bagi yang takut sangat dengan darah.
Rawatan Akunpunktur dapat menyembuhkan  pelbagai penyakit.-insyaallah-
*Dari sakit kepala hingga ke penyakit cancer.(Lenguh-lenguh badan pon boleh)
Rawatan akupunktur dibuat dan dilakukan oleh pakar sahaja.
*Jangan ambil jarum jahit kat rumah tu cucuk badan sendiri pulak.
Jarum yang digunakan adalah pakai buang.

Rabu, 25 Mei 2016

GAGASAN BELIA MUDA PUSAKA GAYONG MALAYSIA

Sejarah dan Pengenalan 
GAGASAN BELIA MUDA PUSAKA GAYONG MALAYSIA.        



     Menurut Presiden GBMPGM Burharullah bin Dato’ Raja Abdul Majid, pengasas perguruan Gagasan Belia Muda Pusaka Gayong Malaysia ialah Almarhum Pak Lang Yusuf dan Dato’ Raja Abd Majid,ditubuhkan pada tahun 1978. Pada asalnya, nama persatuan ini selari dengan nama persatuan lain iaitu Persatuan Silat Gayong Malaysia namun selepas dirombak semula oleh AJK negeri Kedah maka wujudlah Gagasan Belia Muda Pusaka Gayong Malaysia. Pesatuaan Gagasan Belia Muda Pusaka Gayong ini diiktiraf oleh Almarhum Dato’ Meor Abdul Rahman bin Daeng Uda Md,merupakan pengasas Persatuan Seni Silat Gayong Malaysia.

          Sebagaimana silat mempunyai pelbagai jenis ,begitu jugalah dengan bentuk pakaiannya.Sejak zaman-berzaman masyarakat Seni Silat Melayu mempunyai  bentuk pakaiannya sendiri,seragam, corak khusus dan bentuknya.Pada umumnya berwarna gelap ‘HITAM’ baik pada masa berlatih atau semasa persembahan.Bagaimana pun pakaian yang dipakai untuk persembahan disediakan khas dengan lebih lengkap dan sempurna.Antara pakaian ahli Seni Silat (G.B.M.P.G.M) ialah baju Melayu ,sampin, seluar,tengkolok,baju melayu ,capal. Setiap pakaian mempunyai tali pinggang atau di kenali sebagai bengkung pinggang.Bengkung ini terdiri daripada pelbagai warna seperti hitam kosong,putih,hijau,merah,kuning dan hitam bercula.Setiap bengkung pinggang mempunyai peranan dan pangkat tertentu.Peranan bagi bengkung pinggan warna hijau dikhususkan untuk penolong jurulatih,warna merah dikhaskan untuk jurulatih,warna kuning dikhaskan untuk penolong ketua jurulatih dan bengkung hitam bercula dikhaskan untuk ketua jurulatih. 

 

Khamis, 21 April 2016

APA ITU SILAT??? [ SENI SILAT GAYONG ]

RUJUKAN PELAJAR STPM

                                             SILAT


  • Seni Silat atau Pencak Silat merupakan salah satu seni mempertahankan diri bagi bangsa Melayu atau Nusantara yang diamalkan sejak berkurun yang lampau.Ini termasuklah pengamal-pengamal seni mempertahankan diri ini di Brunei, Filipina, Indonesia, Malaysia, dan Thailand.1                    
  • Terdapat beberapa  pengaruh budaya Cina, agama Hindu, Budha, dan Islam dalam Seni Silat.2 Seni silat adalah olahraga bela diri yang memerlukan banyak konsentrasi.  
  • Silat tersebar sepanjang Nusantara Indonesia sejak abad ke-17 M, tetapi asal-usulnya masih tidak diketahui lagi,Meskipun, silat telah diakui sebagai seni Melayu asli. Orang Melayu yang telah menetap di kawasan pantai pulau Sumatera dan Semenanjung Melayu,  Utara Aceh ,Kelantan, Kedah ,Selatan Kepulauan Riau, dan Utara Pattani ialah orang yang mengamalkan seni silat.3.Adanya bukti bahawa budaya China dan India telah mempengaruhi gaya seni mempertahankan diri.Selain seni bertarung dan tarian budaya rakyat, silat kemudian menjadi suatu latihan rohaniah.4

  • Silat telah diperincikan semasa zaman sultan, panglima dan pendekar sewaktu empayar Kesultanan Melaka, Majapahit dan Srivijaya .Orang Melayu, terutamanya di Semenanjung Tanah Melayu, menganggap cerita legenda Hang Tuah pada abad keempat belas sebagai bapa silat.5
  • Terdapat beberapa jenis silat yang terkenal di Malaysia seperti Silat Cekak,Silat Sendeng dan Silat Gayong.Gagasan Belia Muda Pusaka Gayong (GBMPGM) merupakan pecahan daripada Seni Silat Gayong.         
  • Pengasas perguruan Silat Seni Gayong Malaysia ialah Almarhum Dato’ Meor Abdul Rahman bin Daeng Uda Md. Hashim, cucu kepada Daeng Kuning. Dato’ Meor Abdul Rahman bin Daeng Uda Md. Hashim, waris keturunan Daeng Kuning telah dilahirkan di Taiping pada 17hb Ogos 1915. Sebuah akademi silat bernama Sekolah Gayong Woodlands atau Institute of Gayong Woodlands telah ditubuhkan oleh Meor Abdul Rahman dalam tahun 1959.   Memandangkan sambutan terhadap seni silat ini begitu menggalakkan, beliau mencadangkan supaya silat ini didaftarkan. Hasil usaha nasionalis Melayu ini serta Dato’ Meor Abdul Rahman sendiri, seni silat ini telah berjaya didaftarkan di Johor bahru pada 22hb Oktober, 1963 (No. Pendaftaran 361) atas nama Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia.6 Pertubuhan ini  merupakan pertubuhan silat yang pertama sekali berdaftar dan kini merupakan perguruan silat terbesar di Malaysia.


*Petikan diatas telah dirumuskan untuk kefahaman dan pembelajaran.
*Jika terdapat kesalahan sila KOMEN